ANDAMAN KAK DIA menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada mempelai yang inginkan majlis perkahwinan yang indah dan gemilang dengan harga yang berpatutan. Pengalaman pengasasnya, Puan Gardini Binti Semang, yang sungguh luas dalam bidang andaman perkahwinan menjanjikan kualiti hasil kerja yang pasti mempersonakan.
ANDAMAN KAK DIA menyediakan berbagai pilihan fesyen pakaian pengantin dan pakaian pertunangan yang terkini dan rekaan pelamin yang terbaru serta memberi hak kepada pelanggan untuk memilih sendiri mengikut citarasa dengan harga yang berpatutan. Pakej kami juga lengkap dengan perkhidmatan fotographer dan video shooting yang professional bagi merakamkan detik-detik bersejarah anda.
Selain daripada pakej andaman dan pelamin, kami juga menyediakan perkhidmatan rawatan badan, muka dan SPA bagi para mempelai menyediakan diri untuk perkahwinan yang bakal berlangsung.
Ceriakan Keayuan Semulajadi Anda.

2 Responses
June 2nd, 2009 at 1:39 pm
wah kak cantik sudah web ini…lama endak masuk. kita jumpa hari tu di bombalai pasal orang kahwin juga kan…nanti aku bagi gambar-gambar yang cantik untuk kakak…terima kasih kerana kakak dan anak buah kakak banyak menolong isteri saya yang baru saja terjun jadi jurugambar…harap-harap rezeki kita dalam mengkasih cantik orang kahwin di mata orang dan atas photo ini bertambah…amin..cikgu aziz
June 17th, 2009 at 8:59 pm
alhamdulillah trima kasih pada puadede yang create laman ni. masih banyak yang perlu diisi lagi. harap dapat gmbar yang ari tu daripada cikgu Aziz supaya ble masukkan ke laman ni dalam koleksi galeri web kakak
Leave a Comment